Home » , , , , » Ada Vaksin / Imunisasi Khusus Untuk Lemahkan Umat Islam

Ada Vaksin / Imunisasi Khusus Untuk Lemahkan Umat Islam

Ada Vaksin / Imunisasi Khusus Untuk Lemahkan Umat Islam

















Ada Vaksin / Imunisasi Khusus Untuk Lemahkan Umat Islam



KUALA LUMPUR – Kerajaan menafikan khabar angin kononnya suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi bertujuan melemahkan umat Islam kerana mengandungi bahan haram yang merbahaya yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa .
Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut melahirkan kebimbangan dengan fenomena yang timbul akibat khabar angin itu apabila ada ibu bapa dilaporkan enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak ekoran percaya dengan khabar angin berkenaan.
Sehubungan itu Kementerian Kesihatan dan Jakim bertindak mengeluarkan satu kenyataan bersama hari ini bagi menafikan khabar angin yang dipercayai dikeluarkan oleh golongan tidak bertanggungjawab tersebut.
“Kementerian Kesihatan dan Jakim menyedari ada ibu bapa kini ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran khabar angin yang tersebar secara meluas di media baharu.
“Berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya boleh mendedahkan anak-anak dan masyarakat kita dengan kemungkinan dijangkiti penyakit merbahaya yang mengancam nyawa.
“Kementerian Kesihatan dan Jakim menasihatkan masyarakat tidak terpengaruh dan percaya dengan khabar angin itu. Perbuatan ini bukan sahaja merbahaya kepada anak-anak yang merupakan generasi masa depan kita, tetapi juga boleh menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit-penyakit merbahaya,” kata kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha.
Memperkuatkan hujah bagi menolak khabar angin berkenaan, kata kenyataan itu, program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan dilaksanakan kerajaan sejak tahun 50-an bertujuan menangani 12 jenis penyakit berjangkit.
Menurut kenyataan itu, program itu telah menyebabkan kematian kanak-kanak di negara ini menurun sebanyak 85 peratus dari tahun 1970 hingga 2000 ekoran peningkatan skop perkhidmatan kesihatan oleh kerajaan.
Malah, imunisasi juga berjaya membasmi cacar (smallpox) di seluruh dunia manakala polio telah berjaya dibasmi di kebanyakan negara termasuk Malaysia.
Jelas kenyataan itu, imunisasi tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan tubuh manusia seperti didakwa sebaliknya mengandungi bahan aktif dari bakteria atau virus iaitu antigen yang membantu tubuh manusia menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit apabila dijangkiti.
“Vaksin juga mengandungi komponen lain seperti bahan pengawet (preservatives dan additives) serta adjuvant. Setiap komponen dan bahan ini memainkan peranan penting dalam pengawalan kualiti, keberkesanan vaksin serta keselamatannya,” jelas kenyataan itu lagi.
Kenyataan itu turut menegaskan semua vaksin yang digunakan Kementerian Kesihatan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan dinilai mengikut keperluan piawaian antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya.
Kesan sampingan akibat imunisasi adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding dengan kesan jangkitan penyakit itu sendiri dan antara yang kerap dilaporkan adalah demam dan sakit di tempat suntikan, tambah kenyataan itu.
Malah tegas kenyataan itu, sehingga kini, tiada tindakan regulatori terhadap vaksin akibat kesan sampingan kerana sebarang kesan sampingan akibat vaksin akan dilaporkan kepada WHO dan data dikongsi dengan semua negara.
Kenyataan itu turut menjelaskan pada pandangan syarak, imunisasi diharuskan kerana ia merupakan satu jalan pencegahan penyakit dan langkah pencegahan adalah perkara yang dituntut agama.
“Imunisasi adalah satu cara pencegahan yang bertujuan mengelakkan penyakit merbahaya yang mengancam nyawa khususnya kanak-kanak seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus atau polio,” jelas kenyataan itu.
Kenyataan itu bagaimanapun mengakui Islam pada dasarnya menegah penggunaan ubat daripada sumber yang haram untuk mengubati penyakit tetapi dalam keadaan darurat iaitu tiada ubat lain yang boleh digunakan secara berkesan, maka ubat yang bersumberkan perkara ditegah adalah diharuskan.
Justeru umat Islam negara ini diseru mendapatkan maklumat mengenai ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam berhubung imunisasi sejak tahun 1988 melalui Portal e-fatwa (www.efatwa. gov.my). 

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink