Home » , , , , , , , » Kereta Dihempap Kren, Wanita Maut Seorang Cedera Parah (Gambar)

Kereta Dihempap Kren, Wanita Maut Seorang Cedera Parah (Gambar)

Kereta Dihempap Kren, Wanita Maut Seorang Cedera Parah 





Kereta Dihempap Kren, Wanita Maut Seorang Cedera Parah 



PETALING JAYA - Seorang pekerja restoran maut manakala majikannya cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap kerangka besi di Jalan Lapangan Terbang Subang, di sini, hari ini.

Ketua Trafik Petaling Jaya DSP Wong Siw Choon berkata dalam kejadian pada 4.20 petang itu, lelaki berusia 24 tahun itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut Wong, kerangka besi yang dibawa sebuah treler telah menghempap kereta yang dipandu majikan wanita berusia 43 tahun itu, ketika kenderaan tersebut berada di sebelah treler untuk menuju ke Lebuhraya Persekutuan.

"Kita percaya besi berkenaan sedang dibawa untuk digunakan dalam projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT). Mungkin ia tidak diikat dengan betul, lalu terjatuh dan menghempap kereta itu," katanya kepada Bernama.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat, manakala wanita terbabit dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya.

Pemandu treler berusia 40-an itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama






0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink