Home » , , , , , , » Mangsa Rogol Beramai-Ramai Di India Akhirnya Meninggal Di Singapura

Mangsa Rogol Beramai-Ramai Di India Akhirnya Meninggal Di Singapura

Mangsa Rogol Beramai-Ramai Di India Akhirnya Meninggal Di Singapura | Victim Of Gang Rape In India Died












Mangsa Rogol Beramai-Ramai Di India Akhirnya Meninggal Di Singapura | Victim Of Gang Rape In India Died



SINGAPURA: Wanita India yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai dalam sebuah bas di New Delhi sehingga mencetuskan tunjuk perasaaan di jalanan, meninggal dunia hari ini di hospital Singapura selepas mengalami kerosakan organ yang teruk, termasuk otak.


Pihak berkuasa di India dilaporkan sudah bersiap sedia kemungkinan berita kematiannya itu membawa protes dan keganasan yang lebih besar dengan polis pencegah rusuhan mula ditempatkan di ibu negara itu. Wanita berusia 23 tahun itu diterbangkan ke Singapura kelmarin selepas diserang lima lelaki dalam sebuah bas yang dinaikinya pada 16 Disember lalu. 

Mangsa dilaporkan dirogol dan dipukul dengan batang keluli sebelum dicampakkan keluar dari kenderaan itu.

Beberapa pengamal perubatan mengkritik mengenai keputusan memindahkan rawatan mangsa ke luar negara.

“Kami amat sedih apabila menerima berita bahawa mangsa meninggal dunia jam 4.45 pagi waktu tempatan hari ini," kata Kelvin Loh, Ketua Eksekutif Mount Elizabeth Hospital, dalam satu kenyataan hari ini. - AFP



0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink