Home » , , , » Porsche Panamera diCuri dari bilik pameran

Porsche Panamera diCuri dari bilik pameran

Porsche Panamera RM900,000 dilarikan dari bilik pameran


KUALA LUMPUR 11 Okt. - Sebuah syarikat kenderaan mewah kerugian lebih RM900,000 setelah sebuah daripada kereta mewah yang dipamerkan di bilik pameran di Jalan Bukit Bintang di sini dilarikan pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata kereta jenis Porsche Panamera berwarna emas itu dilarikan pada kira-kira 9 pagi oleh seorang lelaki yang sebelum itu berpura-pura untuk berjumpa seorang kakitangan di bilik pameran tersebut.

"Setelah itu, lelaki berpakaian kemas dan bertopi itu kemudiannya naik ke tingkat satu dan menggeledah meja sebelum menemui sampul sampul surat yang mengandungi kunci kereta berkenaan.

"Suspek kemudiannya turun dan keluar dari ruang pameran sambil menekan kunci bagi mengesan lokasi dan setelah menjumpai kereta itu dia terus memecut menuju ke arah Bukit Bintang," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kereta yang belum didaftarkan itu diletakkan di luar ruang pameran bersama enam lagi kenderaan lain untuk dihantar ke satu lagi pusat pameran di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

Berikutan itu, polis sedang mencari Mohd Azri Mohd Kassim, 31, beralamat terakhir di 1801-C1, Blok C, Armanee Condominium, Damansara Perdana dekat sini bagi membantu siasatan.

Pemuda itu mempunyai rekod jenayah lampau antaranya tiga kes curi kereta dan dua kes samun dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan, katanya. - BERNAMA


0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink