Home » , , » Kereta rempuh pam minyak. Nasib baik tak meletup.

Kereta rempuh pam minyak. Nasib baik tak meletup.





Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pam minyak hingga menyebabkan pam berkenaan tumbang serta menghempap sebuah motosikal dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Alam Damai, Cheras, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penunggang motosikal yang dihempap bagaimanapun terselamat kerana ketika kejadian dia berada di kaunter untuk membuat pembayaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Johari Mohd Lazim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 9.02 pagi dan dua jentera dengan 12 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di stesen minyak terbabit, anggota kami mendapati sebuah kereta Proton Iswara sudah merempuh pam minyak hingga menyebabkan ia tumbang dan berlaku tumpahan petrol selain menghempap sebuah motosikal.

“Tindakan pantas mencabut wayar sambungan pada bateri kereta diambil untuk mengelak percikan api hingga boleh mengakibatkan kebakaran atau lebih teruk letupan berlaku.

“Pemandu kereta cedera ringan di mulut, manakala penunggang motosikal tidak cedera kerana tidak berada berhampiran motosikalnya ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink