Home » , , , » Jom Kita Lihat,Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri

Jom Kita Lihat,Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri



Mas kahwin merupakan pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah hukum syarak di dalam Islam, di mana suami wajib membayar mas kahwin kepada isteri semasa akad nikah dijalankan sama ada berupa wang tunai, hutang, cagaran atau sesuatu yang boleh dinilai dengan wang.

Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nisaa’ ayat 4 yang bermaksud: “Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka.” Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis riwayat Bukhari yang bermaksud: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.”

Sebut sahaja pasal mas kahwin, teringat pula rakan-rakan seperjuangan yang lain sewaktu di bangku sekolah, politeknik dan universiti yang sudah ramai mendirikan rumahtangga. Saya pula masih tercari-cari masa yang sesuai untuk berkahwin.

Maklumlah, teringat pula pesan orang melayu kita. Biarlah “tegak berdiri” dahulu barulah fikir untuk berkahwin. Bagi yang tidak faham dengan “tegak berdiri” yang saya maksudkan, rajin-rajinlah tinggalkan komen di bawah.

Alang-alang menyentuh pasal mas kahwin ini, apa kata kita lihat kadar mas kahwin mengikut negeri yang saya ketemui di laman blog rakan-rakan. Tetapi dinasihatkan agar membuat rujukan lain di jabatan agama negeri masing-masing ya, mana tahu ianya sudah berubah.

Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri








Huraian:

Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.
Mas kahwin merupakan pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya setelah berlaku akad nikah di mana nilai mas kahwin adalah berbeza mengikut negeri.
Rasulullah pernah bersabda bahawa salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Berat bukan tanggungjawab lelaki kacak untuk menjadi seorang suami, ini baru sebelumnya. Mungkin mas kahwin yang ditetapkan bukanlah mahal mana jika dibandingkan dengan wang hantaran yang dipinta kelak oleh keluarga si isteri.

Apa-apa pun tunai yang wajib dahulu, iaitu mas kahwin barulah fikirkan bab lain. Itu baru “tegak berdiri”, lengkap semua baru fikirkan untuk berumahtangga. Ingat, mas kahwin adalah wajib.
sumber

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink